1st Trip at UK -Morecambe 2015

|
Kali ni nak cerita pulak cerita kami sekeluarga jalan-jalan UK. First time kami jalan jauh sikit dari Manchester selepas bermastautin di sini. Sebelum ni keadaan memang sangat tak mengizinkan kami jalan-jalan. Selain masing-masing sibuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru. Cuaca baru, sekolah baru, tempat kerja baru, uni baru, rumah baru dan macam-macam lagilah.

Destinasi yang kami tuju adalah ke Lancester dan terus lajak ke Morecambe dan lajak lagi ke Windemere Lake District.

Mula-mula nak cerita pasal kami ke Morecambe. Dah lama tak nampak laut, sebab Manchester memang la tak ada laut kan. Time sampai je, memang la terpegun. Hahaha.. Macam first time la nampak laut. Laut sini amatlah sejuk. Angin asyik bertiup je. Berair je mata sebab sejuk sangat kot. Laut di sini tak boleh nak mandi pon. Kami cuma layan sejuk dan layan permandangan cantik saja.

Tengoklah lokasi dia. Memang tepi laut kan.

Perjalanan kalau dari Manchester. Lalu highway atau dipanggil motorway di sini dan ianya free sepanjang jalan. Takde tol.

Bangunan sekitar semasa dalam perjalanan. 

Pekan dia. Kecik tapi sangat cantik. Bangunan-bangunan lama je sepanjang jalan.

Tarikan kedai-kedai depa nih

Hah! ni dah sampai, terus teropong burung

Aiyris pulak try. Teropong ikan dalam air. 

Banyak patung burung sekitar tepi pantai tu

Mummy n Jebat

Masa ni tengah tunggu giliran nak amik gambar dengan pakcik More

Inilah pakcik Morecambe. Give me five!!

Happy sangat sebab dah lama tak keluar jalan selain gi park belakang rumah je

Satu ciuman untuk burung

Sejuk nih

Tngok kan dah kata angin dia kuat

Cantik permandangan dia

Ini pun cantik jugak

Dapat jugak main menan walau pun sekejap. 
Sejuk sangat cuaca sini. Kami tak bersedia sangat. Ingatkan biasa-biasa je, sebab Manchester pun dah tak sejuk sangat time ni. Baju si Jebat pakai baju sejuk biasa je. Dia kesejukkan sangat-sangat. Dah nak biru bibir semua, kami pun balik le.

Lepas ni kita cerita pasal canal kat area Lancester pulak ye anak-anak.. Hahaha..

0 comments: