Iklan Airbnb Manchester

|


Comfortable room feel like home!


Manchester, Hulme, United Kingdom
Hi! We are a family (including 2 behave toddlers). Our house is near to centre of attractions: Manchester University, MMU, Old Trafford Stadium (2 miles) and Etihad Stadium (3.3 miles) . Close to l...

Let It Go -Ramadhan

|

Layan lirik dia. Video dan lagu memang ciplak yer..



Random Post : Swinton Grove Park

|

Hari ni aku nak kongsi gambar-gambar kami sekeluarga di taman permainan yang paling dekat dekat rumah kami, Swinton Grove Park. 

Ada dia terangkan sejarah taman ni. Baca la kepada sesiapa yang nak baca ye.

Kakak Aiyris masa 1st time ke park ni.


                               Autumn




Winter


Spring



Tahniah The Gunners!!

|

Bagi sesiapa yang terlepas aksi Arsenal menang piala FA hari tu, boleh la layan video nih. 
Arsenal menang 4-0 lawan Aston Villa. Gol-gol dia memang sama ya. Enjoy...


Random Post : Petik Apple Autumn 2014

|

Ini kisah lama nih. Masa musim luruh 2014 rasanya. Kisah kami petik apple di tepi jalan. Pokok ni kami jumpa tepi jalan masa dalam perjalanan ke carboot sales area Trafford. Mula-mula tak perasan ini pokok apple. Ingatkan buah plum ke sebab kecik je. Saja try makan, rasa macam apple. Lepas tu baru perasan, laaa...buah apple kecik rupanya. So apa lagi, kami petik la banyak-banyak bawa balik rumah. Merasa la first time petik apple dan merasa la makan apple fresh.

Yang rendah biar kakak Aiyris yang petik

Ini yang tinggi. Ada yang kami tak sampai dan sedih tak dapat ambil 

Kecik je kan

Ada gaya pemetik apple profesional tak?

Sebelum dipetik

Semasa petik. Kakak Aiyris dah sumbat mulut dah.

Nyam nyam

Apple fresh

Aiyris Zarra @ School

|

Sekarang nak cerita pulak pasal sekolah Aiyris. Persekolahan di UK ni sesinya start pada bulan September dan bukanlah macam Malaysia yang start bulan Januari kan. Aiyris lahir pada 15 Oktober 2009, maknanya pada Sept 2014 Aiyris masih lagi berumur 4 tahun. Jadi Aiyris ditempatkan di Kelas Reception (Ala-ala Pra sekolah di sekolah kebangsaan tu). Di sini budak 4ke5 tahun di kelas RECEPTION, budak 5ke6 tahun ditempatkan ke kelas YEAR 1, 6ke7 tahun di YEAR 2 dan 7ke8 tahun di YEAR 3 dan seterusnya. Tapi di sekolah ni hanya ada budak sampai year 3 sahaja.  
Nama dan logo sekolah Aiyris
Cardigan dan beg sekolah dapat free
T-shirt atau kemeja putih dan skirt kena la beli sendiri. Cari kat carboot sale pun boleh. Murah-murah je

Bersiap masa 1st day school

Bersiap masa 1st day school

1st day nak ke sekolah kami jalan 

On the way ke sekolah

Taman mainan dalam kawasan sekolah


Taman mainan dalam kawasan sekolah juga ni






Dalam kelas


Aiyris dan Namal. Kawan baik dia.





Aiyris menang pertandingan melukis dan mewarna peringkat kelas dia. dapat la sijil dari Guru Besar

       


Masa ni semua pakai baju tema watak dalam buku. Dengan cikgu-cikgu ikut tema, tapi macam menyeramkan je kan. Hahahah.

Setiap hari, untuk kelas Reception ni. Mak atau bapa kene tunggu dan ajar anak buat kerja dalam 10 minit pertama persekolahan. Sekolah nak kita tau perkembangan semasa anak kita masing-masing. 








Itu saja dulu nak cerita pasal sekolah Aiyris ni. Ok. Jumpa lagi...