Sedikit Kajian Tropi Piala Dunia

|
Cerita ni bermula pada sesi perbualan tentang piala dunia yg tgh hangat skrg ni. Topik yg dibuka ialah Tropi Piala Dunia itu tersendiri. Pembuka cerita ialah pakcik aku dan dia mengatakan bahawa Tropi WC yg sekarang ni adalah tropi yg ketiga. Aku jadi konfius la skit. Yang aku tahu, ini adalah tropi yg kedua. Dan menurut pakcik aku lagi. Piala yg pertama itu berbentuk Nabi Isa dan salib. Ini membuatkan aku bersemangat nk cari jawapan sebenarnya.

Setelah dikaji disegenap punca2 maklumat yg boleh dipercayai. Inilah hasil kajian ilmiah aku. Tropi yg ditandingi skrg adalah tropi yg kedua. Tropi yg pertama dinamakan Jules Rimet Trophy (1930 ke 1970) dan yg kedua pula ialah FIFA World Cup Trophy (1974 hingga skrg).

Nama asal tropi pertama ni ialah Victory, tetapi telah diubah kepada nama presiden Fifa ketika itu, Jules Rimet. Tropi ini direka oleh Abel Lafleur, setinggi 14 inci dan seberat 3.8kg. Piala ini berbentuk tuhan greek bersayap yg memegang kawah octagon. Pasukan yg mula2 memenanginya ialah Uruguay pada Piala Dunia 1930.

Antara fakta2 menarik mengenail Jules Rimet Trophy ini ialah
1. Pernah disorokkan dalam kotak kasut ketika perang dunia kedua.
2. Pernah hilang dua kali.
3. Kes hilang yg pertama adalah hilang di South London dan telah ditemui oleh seekor anjing bernama Pickles selepas seminggu
4. Kes hilang kedua adalah semasa Piala ini dalam tangan Brazil pada 1983. Dicuri walaupun dijaga di dalam kotak rocket launcher-proof glass . Belum ditemui hingga sekarang.
5. Replika piala ini telah direka selepas kes kehilangan pertama dan telah dilelong pada 1997



Piala Kedua pula diberi nama FIFA World Cup Trophy. Direka oleh Silvio Gazzaniga. Piala ini adalah setinggi 5.1 inci dan seberat 6.175 kg.
Untuk pengetahuan semua,. Antara perkara menarik mengenai piala ini adalah
1. Setiap negara yg memenangi piala ini akan ditulis nama negara tersebut dan tahun dimenangi di bawah tapak piala ini. Ruang yg terhad ini hanya boleh memuatkan 17 ruang pemenang.
2. Rekabentuk ini telah mengalahkan 53 model lain
3. Piala yg dijulang pada setiap pertandingan ini hanyalah replika. Piala asli ada dalam simpanan FIFA. Piala asli adalah seberat 70-80kg (anggaran berdasarkan emas solid seluruh piala ini). Piala seberat ini adalah sukat untuk dijulang.
4. Pernah dihebahkan bahawa piala ini ada lopong/ ruang kosong di dalamnya



Kesimpulannya memang tiadalah piala berbentuk Nasi Isa dan salib tersebut pada Tropi Piala Dunia. Kajian ini dipanjangkan lagi. Disebabkan ketidak puasan hati. Mungkin rujukan pakcik aku ni tersilap kata. Mungkin tropi yg dimaksudkan itu adalah tropi untuk kejohanan lain. Kajian untuk Tropi ini dipanjangkan lagi ke sukan yg lebih lama iaitu Olimpik. Setelah diteliti Sukan olimpik ini hanya menawarkan medal dan bukannye tropi. Saya kaitkan pula dengan perlawanan lain. Tropi yg betul2 ditawarkan adalah perlawanan amator antara kelab2 Eropah. Tropi yg dimaksudkan bernama Sir Thomas Lipton Trophy. Kejohanan ini juga ada yg menamakannya ‘The First World Cup’. Setelah digoogle rupa dan bentuknya. Inilah rupanya.


Secara kesimpulannya, sekali lagi dinyatakan bahawa. Piala Dunia berbentuk Nabi Isa dan Salib adalah sumber palsu yg hanya disebarkan bagi tujuan tertentu.

This Time For Africa

|
Surat exclusive khas untuk isteriku menjelang Piala Dunia 2010..heheheh

Ke hadapan,

Isteriku

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

Terima kasih atas kerjasama sayang.