Seafood Kuching

|


Nostalgia kecik-kecik dulu

|


Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak... bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak Perak oh negeriku...

Harry Potter Episod Akhir

|
Ini adalah nota untuk peminat Harry Potter. Apa yang patut ada dalam episod akhir Harry Potter. Ramai yang dah baca buku dia memang dah tau la. Ini untuk ulangkaji kepada sesiapa yang nak tengok wayang bermula dari hari ni.

1. Siapa sebenar prof snape terjawab. Baik ke dia jahat ke dia.
2. Hubungan prof snape dengan Lily Potter
3. Rahsia Death Hollow atau Azimat Maut terjawab. Kenapa tongkat sakti death hollow ni tak berkesan kepada voldemort.
4. Harry potter adalah salah satu horcrux yang perlu dihancurkan untuk bunuh voldemort. So harry potter kena mati dulu.
5. Satu lagi jalan rahsia untuk ke sekolah hogwart

Selamat menonton. Semoga terhibur ye kawan-kawan. Haha jadi budak sekali sekala.

Jom Jalan : Edisi Tehran

|
Salam semua. Mesti semua tertunggu2 update dari blog ni kan. haha. Ada ke. Buat2 ada la ya. Memang alasan yang lazim adalah sibuk. Ya memang aku amat sibuk. Sibuk berjalan2 sekarang ni. Banyak tempat yang dijejaki dalam bulan Mei dan Jun lepas. Takpe kat sini kita cite satu per satu ye. Mula2 Tehran. Perjalanan ke Tehran ni ada dua episod. Sebabnya kami sekeluarga ke sana berlainan hari. Mummy Aiyris bertolak pada 11 Jun. Sesorang dia je ke sana. Memang semua risau. Ye la. Tehran ni lain dari negara kita. Nak tau apa yang lainnya, nanti aku cerita. Cer citer cer citer...


Inilah watak2 penting yang hantar mummy ke airport. Aiyris tu tak tau nk kene tinggal tu. Happy je dia


Wahh!! Business Class la mummy. Ada class la. Duduk je orang hulur ais krim. Tidur pon orang selimutkan.

Mummy pergi dulu sebab dia ada presentation projek dia kat universiti situ. Tempat yang dia pergi ni atas gunung. Sejuk sangat. Tepi jalan semua bunga ros. Bau wangi je. Yang lain2 biar dia cerita kat blog dia lah. Banyak sangat ceritanya.
Sikit gambar tempat sejuk tu. Tengok tu bunga ros sepanjang jalan.

Aku dan Aiyris bertolak ke sana plak pada 15 Jun. Memang senang bawa Aiyris masa ni. 8 jam perjalanan takda apa2 masalah. Daddy dia yang bermasalah. Dah malu semacam je. Yela semua orang Iran dalam flight tu Aiyris nak lambai tangan dan ada 4 ke 5 orang amik gambar dengan dia. Daddy dia, dia tak ingat kejap dah.


Aiyris dah penat melambai dah. Masa tidur ni pon ada orang amik gambar dia.


Kami sampai Tehran dalam pukul 10 pm. Mummy dah tunggu dah kat Imam Khomeini Airport tu. Lepas tu terus naik teksi dan cari hotel. Walk in je hotel mana2 dulu. Kami check in kat Persia Hotel. Hotel ni punya la mahal tu sebab kami ambil 1 malam je dulu. Esoknya baru kami nak cari yang harga ok sikit. Tapi, apabila dah di google dan telefon semua hotel di sekitar Tehran. Kami dapati Persia Hotel ni paling berpatutan dan paling dekat dengan tempat shopping. So terus tinggal sini sampai balik.
Bergambar di depan Persia Hotel

Esoknya kami bertiga nak tri la jalan2 sekitar hotel tu. Tapi malangnya semua kedai tutup sebab cuti Besday Imam diaorang. So lepak2 la dalam hotel dulu sambil layan tv Iran.

Ini kedai makan pertama yang kami singgah. Macam kedai kopi je. Ada 4 meja makan saja.



Ruang masak dia kat atas. Naik ikut tangga yang nampak tu. Bila dah siap dia turunkan guna lif kecil. Sekali makan je Iran Rial 200,000.00 terbang. wahh ratus ribu tuuu..hehe


Antara tempat menarik yang kami pergi ialah bershoping di Ferdausi Street. Tempat ni macam kat Jalan TAR. Rasanya besar dua kali ganda lagi kot. Cuma harga barang sini mahal ya amat. Tambah pulak pelancong macam kami ni yang tanya harga. Dia naikkan tinggi2 rege barang2. Ada satu mainan tu harganya bila dah ditukar ke RM harganya RM 400.00. Mainan kecik je. Penipu sungguh!!
Masa ni awal lagi. Kedai2 baru nak dibuka.

Mummy cari barang kenangan nak bawa balik bagi sanak saudara sahabat taulan. hehe. one item 2 toman = satu barang 2 toman (2000 Toman disebut 2 toman = IR 20,000.00) Toman ni bahasa pasar diaorang.

Orang ni buat lagak main piano sambil minta derma. Derma apa entahlah sebab tak paham apa yang dia tulis

Nak beli tapi sangat2 mahal. so tengok ajerr

Last sekali. Tehran ni best sebenarnya. Cuma kami tak boleh nk jalan sangat sebenarnya. Sebab ada tunjuk perasaan kat tengah2 Tehran. Siap bawa senapang lagi kalau sape2 yang tngok CNN la masa kami di Tehran ni. Tu rase takut2 jugak nak jalan jauh2 dari hotel. Lagi satu, di sini mereka tak terima credit card antarabangsa. Mungkin sekatan dari Amerika kot. So tak bole la nak soping sakan sangat. Sebab kami bawa USD yang cukup2 makan, hotel n beli barang sikit. Orang2 Iran ni pulak, tak boleh dipercayai 100%. Sebab hari ni cakap lain, hari lain, lain plak. So kena la hati2 sikit dengan mereka ini. Untuk bawa anak2 jalan ke sini memang tak sesuai buat masa ni. Tapi Alhamdulillah kami dapat pengalaman berbeza di sini. Bukan senang kalau saja2 nak ke Tehran kan..
Bergambar kenangan di lobi hotel sebelum meninggalkan Tehran

Byeeee.... Merci Tehran!!

Sekarang kami dok layan CD lagu Persian dalam kereta. Satu beli tepi jalan, satu lagi dapat free dari tokei kedai makan kat sana. so Layannnnnnnnn!!! (Aiyris siap goyang2 kepala lagi)

earth hour

|
earth hour sebelum ni ramai yang amik gambar. tapi kitaorg sekeluarga tak sempat dan tak terfikir nak amik gambar pon. tapi tahun ni, tepat je 8.30pm tadi. terus snap 1 gambo. saja nk merasa bergambar dalam gelap. ni gambarnyer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahaha..sajer je boring-boring..ni sebenarnye saje nk try post selepas blog ni hilang selama 3 hari..kene serang spam kot..entahh

Gambar jer..(jangan tngok jika lapo)

|
.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.....