Kenangan jejak kaki ke lapan stadium kelab-kelab BPL (Special Liverpool)

|
Sambungan entry 'Kenangan jejak kaki ke lapan stadium kelab-kelab BPL.' ....

Tapi kali ni edisi special punya. Kami berjaya takluki Stadium Anfield sambil layan game lagi. Game yang dimaksudkan ialah game Liverpool vs QPR. Tiket dah kami dah dapat semenjak bulan September 2014. Game ni bulan May 2015. Haruslah tempah awal-awalkan. Sebabnya susah nak dapatkan tiket Anfield ni. Hanya season pass sahaja boleh diperolehi, tiket jangan haraplah. Stadium Anfield ni kapasiti dia kecil saja dan peminat Liverpool pulak punya la ramai kan.
Bila letak gambar Liverpool ni kat Facebook, ramai yang tertanya-tanya. Eh kata peminat Arsenal, Kenapa layan game Liverpool pulak. Ramai yang kompius kan. Hahahaha. Saje bagi semua kompius. Sebenarnya dah alang-alang duduk UK sekarang ni, rugi la kan kalau ada peluang masuk stadium, tapi tak pergi sebab lain minat pulak kan. Dah ada peluang, masuk je la kan. Mungkin next season, ada la rezeki masuk Emirate, Etihad dan Old Traford pulak.  

Ni masa malam sebelum game. Kami lepak rumah B&b abg Nazali yang penulis buku Ulu Yam di Liverpool tu

NI la pass semusim untuk game. Pass ni guna untuk masuk pintu utama.

Ini betul punya peminat Liverpool. Sanggup terbang dari Malaysia nih.

Suasana sebelum game. Dari pandangan seat kami. Paling belakang, Tapi tetap puas hati sebab rasa dekat je.

Ini otai-otai Liverpool ni. Nyanyi lagu YNWA lengkap tua-tua botak ni.


Ini salah satu video yang berjaya dirakam. Rakam banyak. Tapi ini yang paling best. Cuma result dia tak berapa best. Sekali Steven Gerarrd ter miss pulak penalti ni. Kalau gol, memang cun ler. Tapi lepas tu Gerrand dapat jugak score, gol padang dan gol terakhir di Anfield. Maklum la ini season last dia di sini. 

Lepas game. Liverpool menang 2-1. Bendera Perak dan Malaysia berkibar megah di Anfield. (Malam tu juga Perak menang 2-1 di Shah Alam lawan Selangor. Hahahah.)

Ini bahagian bawah seat. Lengang dah. Baru senang amik gambar.

Bahagian bawah seat jugak. Sebelum game ruang ni penuh. Depa ni dok pakat minum beer sebelum game, nak panaskan badan kot.

Ingatkan guard ni nak halau kami balik. Rupanya nak masuk dalam gambar. Bendera Malaysia ni semua kenal. Sempat sembang-sembang lagi. Dia kata buat apa nak marah, bukan selalu dapat peluang gini. Stay la lama-lama sikit. No problem.

Last sekali, lepas pulangkan season pass, sempat bergambar dengan abg Nazali ni. Kebetulan jumpa geng dari Perak yang sama-sama tngok game Liverpool ni.

 Dan sebelum balik, sempat le kami singgah ke Goodison Park. Stadium ni bersebelahan saja dengan Stadium Anfield. Singgah kejap je, buat syarat yang kami dah singgah stadium musuh ketat Liverpool, yakni Everton.

Next pulak aku cerita kisah last. Kami ke stadium sekitar Manchester.

0 comments: