Kenangan jejak kaki ke lapan stadium kelab-kelab BPL

|
Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku pasal tour ke stadium bola kelab-kelab BPL. Antara stadium yang berjaya ditahluki ialah Emirate Stadium (Arsenal), White Hart Lane (Spurs), Stamford Bridge (Chelsea), Anfield Stadium (Liverpool), Goodison Park (Everton), Old Traford (Manchester United), Etihad Stadium (Manchester City) dan tapak peninggalan  Highbury Stadium (Stadium lama Arsenal).

Tour ni hanya sesuai untuk kaki bola sahaja sebab tak ada pun tempat menarik sekitar stadium yang boleh dilawati kecuali bangunan stadium tu sendiri. Untuk yang nak bawa satu famili ke tour ni memanglah tak sesuai. Membazir je kot. Tapi kalau satu famili dah kaki bola..hah hangkut le semua sekali. Takde masalah.

Perjalanan aku ni bermula dari Manchester ke Euston London. Aku berdua saja dengan seorang kawan ni naik train Virgin. Tiket seorang GBP40 (2ways). Tapi kena la beli awal. Sebulan awal pun masih dapat harga ni. Perjalanan pula selama 2 jam 5 minit.
Ni dalam train virgin tu. macam dalam flight je.
Ok. Sampai je di Euston London ni, kami terus nak menuju ke Emirate Stadium. Masa ni first time naik tube underground ni. Risau la juga kot-kot sesat entah kemana. Tapi memang la betul kata member-member. Sangat-sangat mudah. Kalau nak ke Emirate stadium ni, kita boleh turun di stesen Arsenal atau Stesen Holloway Road atau Stesen Finsbury Park. (semua ni Picadilly Line). Kami try turun di Stesen Arsenal ni. Keuar-keluar dah nampak jalan menghala Emirate Stadium. Senang dan dekat. Tapi yang paling dekat kena guna Stesen Holloway Road (kalau ikut maklumat dalam internet). Yang satu lagi stesen tu, Stesen Finsbury Park ni kena la jalan kaki jauh sikit kalau nak ke stadium. Tapi yang bestnya. Sini ada masjid. Boleh la nak solat dan berehat sekejap kat sini kan.

Dah sampai stesen Arsenal. Harus la ada 1 gambar di sini kan.
Banyak la patung-patung Legend Arsenal sini. Sebab apa banyak? Sebabnya legend-legend ni tak pernah main di stadium ni kecuali King Henry. Tu depa letak la patung di sekeling stadium. Bagi teringat la sedikit sejarah. Emirate Stadium ni sejarah dia tak seberapa lagi berbanding stadium lama dia.
Ini peninggalan Highbury Stadium. Sekarang depa dah buat rumah seliling padang dia. Stadium ni kecik je, Tapi sejarah dia hebat. Zaman kegemilangan Henry and geng kat sini la. Tinggal kenangan je la.
Ini masjid berdekatan dengan Stesen Finsbury Park tu. Kalau ada game Arsenal, The Gunner Muslim akan solat di sini dulu sebelum game atau selepas game. Memang selesa.
 Ok. Selesai solat jamak dan rehat. Kami meneruskan perjalanan ke stadium musuh tradisi arsenal iaitu White Hart Lane. Stadium ni berjiran dengan Emirate Stadium. Tapi jiran pun jauh la. Bukan macam jiran antara Anfiel dan Goodison Park. Yang tu dekat sangat kira sebelah satu padang bola je.
Nak ke White Hart Lane ni, kenalah naik tube underground tu dan naik satu bas. Kalau dari Stesen Finsbury Park tu, naik je bas nombor 259. Perjalanan dalam 20 minit. Jauhkan..hah kan dah kata tadi.
Tube underground yang paling dekat pun adalah Stesen Seven Sister (Line Victoria) dan still kena naik bas 259 ni.
Depan guard post dia.
White Hart Lane. Macam bangunan pejabat je.
 Selepas bergambar je, kami teruskan perjalanan ke Stamford Bridge. Sebab balik pun kena naik bas 259 tadi. Kami terus je naik bas ni dan turun di Stesen King Cross. Stamford Bridge ni berdekatan dengan Stesen Fulham Broadway (Line District- Hijau) So kena la tukar-tukar line. Tapi senang je kot. Ikut je route map tube tu. Cuma pilih laluan yang betul je la sebab line hijau ni banyak pulak destinasi berbeza dia. Ambil je yang menuju ke Wimbledon.
Stamford Bridge.
Bergambar bersama pemain. Nasib baik sempat. Depa ni nak balik rumah dah. Sekejap je training hari tu. Mourinho sporting abis. hahaha
Nampak padang sikit. Stadium lain tak nampak padang. Kalau nak tngok kene ambil pakej tour dia.
Bye bye Stamford Bridge. Untung le depa ni juara dah masa ni 2014/2015.
 Lepas ni sambung stadium lain pulak. Yang ni area London dulu.

0 comments: