Perak Darul Ridzuan Negeri indah permai Penduduknya hidup aman damai Dinaungi keadilan sultan
Kuala Kangsar Bandar Diraja Iskandariah istana ternama Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit Larut Waktu malam berkelipan Udaranya sejuk nyaman menyegarkan Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih Tempat bersukaria tumpuan para pelancong Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning Menambah seri Daerah Kerian Di Hilir Perak Nyiur melambai-lambai Oh sungguh subur tanah airku
Kinta daerah tengah Hasilnya bijih timah Batu Gajah bandar yang bertuah Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara Kaya dengan sumber hasil hutannya Megahnya tersergam Empangan tinggi menjulang Segagah wira di perbatasan Pasir Salak... bersejarah dan berdarah Dato Sagor Dato Maharajalela Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertua Gedung ilmu bakti suluh budiman Lahirkan cendekiawan Pejuang bangsa negara Kekal abadi sepanjang zaman
Perak makmur bahagia Dengan sembilan daerah yang ada Sejahteralah Perak oh negeriku Perak Perak oh negeriku...
Ini adalah nota untuk peminat Harry Potter. Apa yang patut ada dalam episod akhir Harry Potter. Ramai yang dah baca buku dia memang dah tau la. Ini untuk ulangkaji kepada sesiapa yang nak tengok wayang bermula dari hari ni.
1. Siapa sebenar prof snape terjawab. Baik ke dia jahat ke dia. 2. Hubungan prof snape dengan Lily Potter 3. Rahsia Death Hollow atau Azimat Maut terjawab. Kenapa tongkat sakti death hollow ni tak berkesan kepada voldemort. 4. Harry potter adalah salah satu horcrux yang perlu dihancurkan untuk bunuh voldemort. So harry potter kena mati dulu. 5. Satu lagi jalan rahsia untuk ke sekolah hogwart
Selamat menonton. Semoga terhibur ye kawan-kawan. Haha jadi budak sekali sekala.
Salam semua. Mesti semua tertunggu2 update dari blog ni kan. haha. Ada ke. Buat2 ada la ya. Memang alasan yang lazim adalah sibuk. Ya memang aku amat sibuk. Sibuk berjalan2 sekarang ni. Banyak tempat yang dijejaki dalam bulan Mei dan Jun lepas. Takpe kat sini kita cite satu per satu ye. Mula2 Tehran. Perjalanan ke Tehran ni ada dua episod. Sebabnya kami sekeluarga ke sana berlainan hari. Mummy Aiyris bertolak pada 11 Jun. Sesorang dia je ke sana. Memang semua risau. Ye la. Tehran ni lain dari negara kita. Nak tau apa yang lainnya, nanti aku cerita. Cer citer cer citer...
Inilah watak2 penting yang hantar mummy ke airport. Aiyris tu tak tau nk kene tinggal tu. Happy je dia
Wahh!! Business Class la mummy. Ada class la. Duduk je orang hulur ais krim. Tidur pon orang selimutkan.
Mummy pergi dulu sebab dia ada presentation projek dia kat universiti situ. Tempat yang dia pergi ni atas gunung. Sejuk sangat. Tepi jalan semua bunga ros. Bau wangi je. Yang lain2 biar dia cerita kat blog dia lah. Banyak sangat ceritanya.
Sikit gambar tempat sejuk tu. Tengok tu bunga ros sepanjang jalan.
Aku dan Aiyris bertolak ke sana plak pada 15 Jun. Memang senang bawa Aiyris masa ni. 8 jam perjalanan takda apa2 masalah. Daddy dia yang bermasalah. Dah malu semacam je. Yela semua orang Iran dalam flight tu Aiyris nak lambai tangan dan ada 4 ke 5 orang amik gambar dengan dia. Daddy dia, dia tak ingat kejap dah.
Aiyris dah penat melambai dah. Masa tidur ni pon ada orang amik gambar dia.
Kami sampai Tehran dalam pukul 10 pm. Mummy dah tunggu dah kat Imam Khomeini Airport tu. Lepas tu terus naik teksi dan cari hotel. Walk in je hotel mana2 dulu. Kami check in kat Persia Hotel. Hotel ni punya la mahal tu sebab kami ambil 1 malam je dulu. Esoknya baru kami nak cari yang harga ok sikit. Tapi, apabila dah di google dan telefon semua hotel di sekitar Tehran. Kami dapati Persia Hotel ni paling berpatutan dan paling dekat dengan tempat shopping. So terus tinggal sini sampai balik.
Bergambar di depan Persia Hotel
Esoknya kami bertiga nak tri la jalan2 sekitar hotel tu. Tapi malangnya semua kedai tutup sebab cuti Besday Imam diaorang. So lepak2 la dalam hotel dulu sambil layan tv Iran.
Ini kedai makan pertama yang kami singgah. Macam kedai kopi je. Ada 4 meja makan saja.
Ruang masak dia kat atas. Naik ikut tangga yang nampak tu. Bila dah siap dia turunkan guna lif kecil. Sekali makan je Iran Rial 200,000.00 terbang. wahh ratus ribu tuuu..hehe
Antara tempat menarik yang kami pergi ialah bershoping di Ferdausi Street. Tempat ni macam kat Jalan TAR. Rasanya besar dua kali ganda lagi kot. Cuma harga barang sini mahal ya amat. Tambah pulak pelancong macam kami ni yang tanya harga. Dia naikkan tinggi2 rege barang2. Ada satu mainan tu harganya bila dah ditukar ke RM harganya RM 400.00. Mainan kecik je. Penipu sungguh!!
Masa ni awal lagi. Kedai2 baru nak dibuka.
Mummy cari barang kenangan nak bawa balik bagi sanak saudara sahabat taulan. hehe. one item 2 toman = satu barang 2 toman (2000 Toman disebut 2 toman = IR 20,000.00) Toman ni bahasa pasar diaorang.
Orang ni buat lagak main piano sambil minta derma. Derma apa entahlah sebab tak paham apa yang dia tulis
Nak beli tapi sangat2 mahal. so tengok ajerr
Last sekali. Tehran ni best sebenarnya. Cuma kami tak boleh nk jalan sangat sebenarnya. Sebab ada tunjuk perasaan kat tengah2 Tehran. Siap bawa senapang lagi kalau sape2 yang tngok CNN la masa kami di Tehran ni. Tu rase takut2 jugak nak jalan jauh2 dari hotel. Lagi satu, di sini mereka tak terima credit card antarabangsa. Mungkin sekatan dari Amerika kot. So tak bole la nak soping sakan sangat. Sebab kami bawa USD yang cukup2 makan, hotel n beli barang sikit. Orang2 Iran ni pulak, tak boleh dipercayai 100%. Sebab hari ni cakap lain, hari lain, lain plak. So kena la hati2 sikit dengan mereka ini. Untuk bawa anak2 jalan ke sini memang tak sesuai buat masa ni. Tapi Alhamdulillah kami dapat pengalaman berbeza di sini. Bukan senang kalau saja2 nak ke Tehran kan..
Bergambar kenangan di lobi hotel sebelum meninggalkan Tehran
Byeeee.... Merci Tehran!!
Sekarang kami dok layan CD lagu Persian dalam kereta. Satu beli tepi jalan, satu lagi dapat free dari tokei kedai makan kat sana. so Layannnnnnnnn!!! (Aiyris siap goyang2 kepala lagi)
earth hour sebelum ni ramai yang amik gambar. tapi kitaorg sekeluarga tak sempat dan tak terfikir nak amik gambar pon. tapi tahun ni, tepat je 8.30pm tadi. terus snap 1 gambo. saja nk merasa bergambar dalam gelap. ni gambarnyer... . . . . . . . . .
hahaha..sajer je boring-boring..ni sebenarnye saje nk try post selepas blog ni hilang selama 3 hari..kene serang spam kot..entahh
Nama aku fazli. berasal dari gerik perak. sekarang menetap di manchester uk. sudah berkahwin. sudah jadi seorang bapa kpd aiyris zarra yg comel dan aisy zayden yang hensem. suka tngok tv. suka bola sepak perak dan arsenal. suka makan. suka minum soya. suka jalan2. suka balik kpg. suka mandi laut. suka melancong. suka melencong. suka bekerja. suka tak bercakap. dan suka-suka je buat suka...hahaha