Kenangan jejak kaki ke lapan stadium kelab-kelab BPL

|
Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku pasal tour ke stadium bola kelab-kelab BPL. Antara stadium yang berjaya ditahluki ialah Emirate Stadium (Arsenal), White Hart Lane (Spurs), Stamford Bridge (Chelsea), Anfield Stadium (Liverpool), Goodison Park (Everton), Old Traford (Manchester United), Etihad Stadium (Manchester City) dan tapak peninggalan  Highbury Stadium (Stadium lama Arsenal).

Tour ni hanya sesuai untuk kaki bola sahaja sebab tak ada pun tempat menarik sekitar stadium yang boleh dilawati kecuali bangunan stadium tu sendiri. Untuk yang nak bawa satu famili ke tour ni memanglah tak sesuai. Membazir je kot. Tapi kalau satu famili dah kaki bola..hah hangkut le semua sekali. Takde masalah.

Perjalanan aku ni bermula dari Manchester ke Euston London. Aku berdua saja dengan seorang kawan ni naik train Virgin. Tiket seorang GBP40 (2ways). Tapi kena la beli awal. Sebulan awal pun masih dapat harga ni. Perjalanan pula selama 2 jam 5 minit.
Ni dalam train virgin tu. macam dalam flight je.
Ok. Sampai je di Euston London ni, kami terus nak menuju ke Emirate Stadium. Masa ni first time naik tube underground ni. Risau la juga kot-kot sesat entah kemana. Tapi memang la betul kata member-member. Sangat-sangat mudah. Kalau nak ke Emirate stadium ni, kita boleh turun di stesen Arsenal atau Stesen Holloway Road atau Stesen Finsbury Park. (semua ni Picadilly Line). Kami try turun di Stesen Arsenal ni. Keuar-keluar dah nampak jalan menghala Emirate Stadium. Senang dan dekat. Tapi yang paling dekat kena guna Stesen Holloway Road (kalau ikut maklumat dalam internet). Yang satu lagi stesen tu, Stesen Finsbury Park ni kena la jalan kaki jauh sikit kalau nak ke stadium. Tapi yang bestnya. Sini ada masjid. Boleh la nak solat dan berehat sekejap kat sini kan.

Dah sampai stesen Arsenal. Harus la ada 1 gambar di sini kan.
Banyak la patung-patung Legend Arsenal sini. Sebab apa banyak? Sebabnya legend-legend ni tak pernah main di stadium ni kecuali King Henry. Tu depa letak la patung di sekeling stadium. Bagi teringat la sedikit sejarah. Emirate Stadium ni sejarah dia tak seberapa lagi berbanding stadium lama dia.
Ini peninggalan Highbury Stadium. Sekarang depa dah buat rumah seliling padang dia. Stadium ni kecik je, Tapi sejarah dia hebat. Zaman kegemilangan Henry and geng kat sini la. Tinggal kenangan je la.
Ini masjid berdekatan dengan Stesen Finsbury Park tu. Kalau ada game Arsenal, The Gunner Muslim akan solat di sini dulu sebelum game atau selepas game. Memang selesa.
 Ok. Selesai solat jamak dan rehat. Kami meneruskan perjalanan ke stadium musuh tradisi arsenal iaitu White Hart Lane. Stadium ni berjiran dengan Emirate Stadium. Tapi jiran pun jauh la. Bukan macam jiran antara Anfiel dan Goodison Park. Yang tu dekat sangat kira sebelah satu padang bola je.
Nak ke White Hart Lane ni, kenalah naik tube underground tu dan naik satu bas. Kalau dari Stesen Finsbury Park tu, naik je bas nombor 259. Perjalanan dalam 20 minit. Jauhkan..hah kan dah kata tadi.
Tube underground yang paling dekat pun adalah Stesen Seven Sister (Line Victoria) dan still kena naik bas 259 ni.
Depan guard post dia.
White Hart Lane. Macam bangunan pejabat je.
 Selepas bergambar je, kami teruskan perjalanan ke Stamford Bridge. Sebab balik pun kena naik bas 259 tadi. Kami terus je naik bas ni dan turun di Stesen King Cross. Stamford Bridge ni berdekatan dengan Stesen Fulham Broadway (Line District- Hijau) So kena la tukar-tukar line. Tapi senang je kot. Ikut je route map tube tu. Cuma pilih laluan yang betul je la sebab line hijau ni banyak pulak destinasi berbeza dia. Ambil je yang menuju ke Wimbledon.
Stamford Bridge.
Bergambar bersama pemain. Nasib baik sempat. Depa ni nak balik rumah dah. Sekejap je training hari tu. Mourinho sporting abis. hahaha
Nampak padang sikit. Stadium lain tak nampak padang. Kalau nak tngok kene ambil pakej tour dia.
Bye bye Stamford Bridge. Untung le depa ni juara dah masa ni 2014/2015.
 Lepas ni sambung stadium lain pulak. Yang ni area London dulu.

Pergi kerja dalam salji tebal- Gambar lama bulan Jan 2015 hari tu

|
Sekarang aku nak share pulak gambar masa salji lebat time nak pergi ke tempat kerja. Masa ni dah dapat kereta tapi insurannya tak setle lagi, dan disebabkan jalan licin bersalji, berais maka macam biasa la naik bas dan jalan kaki ke tempat kerja.

Kereta tak boleh jalan.
Menapak ke tempat kerja

Ni kiranya waktu senja dah ni

Brother UK

Time balik ni, salji turun balik. Jalan yang dah hitam tadi jadi putih balik.

Jadilah tu. Selalu sebelum ni pergi kerja dalam hujan, sekarang merasa la pergi dalam keadaan bersalji. Hahaha jumpa lagi. Harap-harap ada semangat nak post new entry lagi..

Post Azimat daripada Manchester

|
Assalamualaikum..

Dah berapa tahun abaikan blog ni baru aku nak update balik. Bukan taknak update, selain busy kerja dan sebagainya, Segan jugak salah satu faktor kenapa aku tak update (bajet blog ni ribu-ribu orang baca la kan?hahahahaha)

So secara umumnya aku ikut wife tersayang sambung Phd kat Manchester. September 2014. Besar pengorbanan ni untuk masa depan yang gemilang terbilang cemerlang. bahahahaha

Kehidupan kat Manchester? ala nantila aku cite secara detail ek. Alhamdulillah, aku dah dapat pun kerja part time bolehla tampung-tampung mana yang patut kan. ahahahaha







Banyak pulak gelak.. Taktau nak tulis apa la tu. ok Nah gambo


Dah 14 jam lebih turun naik flight, Alhamdulillah sampai jugak. Syukur..

Anak beranak mestilah ambi gambar kenangan

Sementara tunggu kereta yang jemput kitorang. Now dah jadi kawan pun, nama dia Wazer.

Ni terminal untuk Asian Arrival. Orang putihs yang lain terminal lain. Dabel standard ke apa?

Ok nanti aku update lagi. Malu la! Puiii

Rindu kat Malaysia!

Saja nak kongsi. Dah lebih separuh Ramadhan, rasa amalan amat-amat kurang tahun ni.

|
Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”

Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”

Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Seafood Kuching

|


Nostalgia kecik-kecik dulu

|


Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak... bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak Perak oh negeriku...

Harry Potter Episod Akhir

|
Ini adalah nota untuk peminat Harry Potter. Apa yang patut ada dalam episod akhir Harry Potter. Ramai yang dah baca buku dia memang dah tau la. Ini untuk ulangkaji kepada sesiapa yang nak tengok wayang bermula dari hari ni.

1. Siapa sebenar prof snape terjawab. Baik ke dia jahat ke dia.
2. Hubungan prof snape dengan Lily Potter
3. Rahsia Death Hollow atau Azimat Maut terjawab. Kenapa tongkat sakti death hollow ni tak berkesan kepada voldemort.
4. Harry potter adalah salah satu horcrux yang perlu dihancurkan untuk bunuh voldemort. So harry potter kena mati dulu.
5. Satu lagi jalan rahsia untuk ke sekolah hogwart

Selamat menonton. Semoga terhibur ye kawan-kawan. Haha jadi budak sekali sekala.