earth hour

|
earth hour sebelum ni ramai yang amik gambar. tapi kitaorg sekeluarga tak sempat dan tak terfikir nak amik gambar pon. tapi tahun ni, tepat je 8.30pm tadi. terus snap 1 gambo. saja nk merasa bergambar dalam gelap. ni gambarnyer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahaha..sajer je boring-boring..ni sebenarnye saje nk try post selepas blog ni hilang selama 3 hari..kene serang spam kot..entahh

Gambar jer..(jangan tngok jika lapo)

|
.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.....









Takbir Raya tanpa Abah

|

Pertama kali dalam hidup aku bertakbir raya tanpa abah. Abah dah meninggalkan kami selama-lamanya. Sebelum ini, setiap kali hari raya, abah akan memberi kutbah rayanya sebelum kami semua mendengar kutbah di masjid. Dalam kutbahnya penuh dengan nasihat kepada kami adik beradik. Sekarang tiada lagi nasihat-nasihat panjang lebar dari abah untuk kami. Aku rindu semua itu..

Sebelum ini, aku tak tahu bagaimana perasaan rindu pada yang telah tiada. Isteri aku selalu berbisik pada aku.”Rin rindu arwah mak la abg..” Aku biasanya menjawab..”Kalau rindu..doa la lepas solat” itu saja jawapan acuh tak acuh aku. Tapi sekarang baru aku tahu bagaimana rasanya rindu pada orang yang telah meninggal. Rindu berpanjangan yang tak mungkin boleh diubati lagi. Rindu yang tak mungkin hilang dengan hanya mendoakannya sahaja. Rindu yang tak berkesudahan sampai kita sama-sama menyambut seruan Ilahi.

Ujian demi ujian terpaksa keluarga kami tempuhi selepas abah meninggal. Antaranya mak telah difitnah orang yang menyatakan mak paksa diri untuk pergi ke Mekah walaupun tahu yang abah tengah sakit. Banyak perkara yang orang luar tak tahu dalam keluarga kami ini. Sebenarnya arwah abah telah menyembunyikan sakitnya yang teruk sebelum mak bertolak ke Mekah. Arwah abah tak mahu mak susah hati semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci. Arwah abah yang memaksa mak pergi juga ke Mekah, kerana mak juga ada penyakit serupa dengan abah. Arwah abah menolak hasrat mak untuk menangguhkan perkara baik ini kerana bimbang mak takkan dapat peluang ini tahun hadapan seperti yang dihadapi abah tahun ini. Takdir Ilahi tiada siapa yang tahu, berkat membenarkan dan merestukan pemergian mak, akhirnya abah dapat juga ‘ikut’ mak mengerjakan haji setelah kami sempat mengupah haji arwah abah pada tahun ini juga.

Apabila difikirkan, dugaan mak lagi berat di Mekah. Mak yang kematian suami terpaksa berlinangan air mata keseorangan di sana. Tiada saudara mara atau kenalan rapat yang dapat menenangkan mak di sana. Setiap hari mak menelefon kami dan menangis. Dengan hanya mendengar suara kami adik beradik dan menantu saja yang dapat tenangkan mak masa itu. Sekarang Alhamdulillah, mak dah dapat ketenangan yang dicari di Mekah. Mak dah mula beransur sihat di sana. Setiap hari kami kirimkan doa. Kami doakan mak tenang menjalani ibadah dah balik dengan selamat. Itu saja yang diminta buat masa ini.

Aku tak tahu lagi bagaimana keadaan apabila mahu menjemput mak di Bayan Lepas nanti. Aku terpaksa kuatkan hati. Terpaksa cekalkan hati untuk menenangkan mak nanti…

Coffee black, cigarettes,..lalalalalala

|
Pergi kerja lagu ni..balik kerja lagu ni..pergi kenduri lagu ni..balik kenduri lagu ni..pergi openhouse lagu ni..balik openhouse lagu ni..mcm kene pukau bila dengar..



Artist: Williams Don
Song: Some Broken Hearts Never Mend
Album: Don Williams - 20 Greatest Hits

Coffee black, cigarettes,
start this day, like all the rest,
First thing every morning that I do,
is start missing you

(Chorus)
Some broken hearts never mend,
some memories never end,
some tears will never dry,
my love for you will never die

(music)

Rendezvous in the night,
A willing woman to hold me tight,
But in the middle of love's embrace,
I see you're face

(Chorus)

samting new...hehe

|
ni benda baru yang aku letak pada blog ni. ala takde menda pon. cuma gambar-gambar dalam album je. untuk album famili tu, aku letak gambar2 famili yang lebih2..yang takde di facebook dan yang takde di blog ni. aku nak cuba rajin update gambar ni sbb dah byk gambar dalam simpanan aku..yang lagi satu album tu. album cari makan tu adalah album aku nak tunjuk skill2 aku dalam dunia fotografi ni..hehehe..tak berskill pon..skrg ni tengah belajar lagi..belajar dr pengalaman korang n aku sendiri..so kepada yang telah berpengalaman seperti en kamarizmi, en zul suami ayin, dan kawan2 lain..silalah beri komen kat situ ye..

The End (LOST)

|
Ermm...baru je abes layan lost season 5 dan last season iaitu season 6..ramai yang kata cite ni merapu..tapi merapu dia ni best dan tak disangka dan tak dijangka..selalu geleng kepala masa tngok citer ni..mcmane dia bole terpikir cara nak merapukan citer tanpa rase boring..

tapi..ending dia..ermm entahlah..tak tau nk kata best ke tak..sebab masih lagi terkedu ni..masih lg di alam lost lg ni..hahaha..
jack yang mati dalam season last ni dalam keadaan yang sama semasa dia terdampar di pulau ni pada season 1..



terima kasih byk kepada pona kerana telah mendownloadkan citer ni..nk request citer bole tak..nk CSI season baru dan Grey,s Anatomy season baru jugak..Kalau hebat..bawak la balik time raya..kih kih kih

Sedut Udara Segar Ramadan

|
Alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan sekali lagi aku bertemu Ramadan..Doakan aku dapat penuhi Ramadan dengan jayanya..Selamat berpuasa semua...