Inilah watak2 penting yang hantar mummy ke airport. Aiyris tu tak tau nk kene tinggal tu. Happy je dia
Wahh!! Business Class la mummy. Ada class la. Duduk je orang hulur ais krim. Tidur pon orang selimutkan.
Mummy pergi dulu sebab dia ada presentation projek dia kat universiti situ. Tempat yang dia pergi ni atas gunung. Sejuk sangat. Tepi jalan semua bunga ros. Bau wangi je. Yang lain2 biar dia cerita kat blog dia lah. Banyak sangat ceritanya.
Aku dan Aiyris bertolak ke sana plak pada 15 Jun. Memang senang bawa Aiyris masa ni. 8 jam perjalanan takda apa2 masalah. Daddy dia yang bermasalah. Dah malu semacam je. Yela semua orang Iran dalam flight tu Aiyris nak lambai tangan dan ada 4 ke 5 orang amik gambar dengan dia. Daddy dia, dia tak ingat kejap dah.

Kami sampai Tehran dalam pukul 10 pm. Mummy dah tunggu dah kat Imam Khomeini Airport tu. Lepas tu terus naik teksi dan cari hotel. Walk in je hotel mana2 dulu. Kami check in kat Persia Hotel. Hotel ni punya la mahal tu sebab kami ambil 1 malam je dulu. Esoknya baru kami nak cari yang harga ok sikit. Tapi, apabila dah di google dan telefon semua hotel di sekitar Tehran. Kami dapati Persia Hotel ni paling berpatutan dan paling dekat dengan tempat shopping. So terus tinggal sini sampai balik.
Esoknya kami bertiga nak tri la jalan2 sekitar hotel tu. Tapi malangnya semua kedai tutup sebab cuti Besday Imam diaorang. So lepak2 la dalam hotel dulu sambil layan tv Iran.
Esoknya kami bertiga nak tri la jalan2 sekitar hotel tu. Tapi malangnya semua kedai tutup sebab cuti Besday Imam diaorang. So lepak2 la dalam hotel dulu sambil layan tv Iran.
Ini kedai makan pertama yang kami singgah. Macam kedai kopi je. Ada 4 meja makan saja.
Ruang masak dia kat atas. Naik ikut tangga yang nampak tu. Bila dah siap dia turunkan guna lif kecil. Sekali makan je Iran Rial 200,000.00 terbang. wahh ratus ribu tuuu..hehe
Antara tempat menarik yang kami pergi ialah bershoping di Ferdausi Street. Tempat ni macam kat Jalan TAR. Rasanya besar dua kali ganda lagi kot. Cuma harga barang sini mahal ya amat. Tambah pulak pelancong macam kami ni yang tanya harga. Dia naikkan tinggi2 rege barang2. Ada satu mainan tu harganya bila dah ditukar ke RM harganya RM 400.00. Mainan kecik je. Penipu sungguh!!
Masa ni awal lagi. Kedai2 baru nak dibuka.
Mummy cari barang kenangan nak bawa balik bagi sanak saudara sahabat taulan. hehe. one item 2 toman = satu barang 2 toman (2000 Toman disebut 2 toman = IR 20,000.00) Toman ni bahasa pasar diaorang.
Orang ni buat lagak main piano sambil minta derma. Derma apa entahlah sebab tak paham apa yang dia tulis

Last sekali. Tehran ni best sebenarnya. Cuma kami tak boleh nk jalan sangat sebenarnya. Sebab ada tunjuk perasaan kat tengah2 Tehran. Siap bawa senapang lagi kalau sape2 yang tngok CNN la masa kami di Tehran ni. Tu rase takut2 jugak nak jalan jauh2 dari hotel. Lagi satu, di sini mereka tak terima credit card antarabangsa. Mungkin sekatan dari Amerika kot. So tak bole la nak soping sakan sangat. Sebab kami bawa USD yang cukup2 makan, hotel n beli barang sikit. Orang2 Iran ni pulak, tak boleh dipercayai 100%. Sebab hari ni cakap lain, hari lain, lain plak. So kena la hati2 sikit dengan mereka ini. Untuk bawa anak2 jalan ke sini memang tak sesuai buat masa ni. Tapi Alhamdulillah kami dapat pengalaman berbeza di sini. Bukan senang kalau saja2 nak ke Tehran kan..
Sekarang kami dok layan CD lagu Persian dalam kereta. Satu beli tepi jalan, satu lagi dapat free dari tokei kedai makan kat sana. so Layannnnnnnnn!!! (Aiyris siap goyang2 kepala lagi)
2 comments:
hohohohoho!! bestnya!! ade barang utk i tak? huhauhauhauhauhua
p/s: aiyris kan kt mana2 pun jd perhatian org.hahhaa. comel sangatttttt
Ada. 1 je. Sana nama je duit bawah mas mcm indon. Tp brg mahal
Post a Comment